Kuswadinata Dilaporkan Semakin Kritikal | Pelakon veteran, Kuswadinata, 74 dilaporkan semakin kritikal. Kesihatan beliau dikatakan bertambah teruk dan kini ditempatkan di Hospital Ampang untuk menerima rawatan. Menurut laporan berkenaan, Kuswadinata menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

Laporan berkenaan juga menyebut beliau kini berada dalam keadaan tenat dan jantung pelakon itu dikatakan boleh berhenti pada bila-bila masa disebabkan pendarahan yang semakin merebak.

“Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan. Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat. Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan,” ujar anak bongsu Kuswadinata, Rizal, 23, yang dipetik dari portal berita, mStar.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal. September lalu, pelakon ini turut dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yang sama.

Mari kita sama-sama mendoakan yang terbaik agar Kuswadinata beransur pulih dan sihat seperti sedia kala.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.