Penyanyi Adam (AF2) atau nama sebenarnya Mohd Aizam Bin Mat Saman menafikan lagu ‘Marmie Maafkan Ku’ dituju khas buat bekas isterinya, Fiza Abdul Halim. Menurut penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu lagu ciptaan komposer Bajai itu tiada kaitan dengan kisah rumahtangganya yang telah pun berakhir baru-baru ini.

“Lagu tersebut tiada kaitan dengan kami berdua. Ianya merupakan kisah cinta komposer Bajai dan saya sebagai penyanyi hanya menyampaikan lagu itu dengan penuh penghayatan,” katanya seperti dipetik menerusi Utusan Online.

Dalam pada itu, Adam memohon masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi kerana lagu tersebut bukan sebuah lagu istimewa yang dicipta khas untuk Fiza.

adam af2

Adam dan Fiza telah mendirikan rumah tangga pada pada 26 September 2013. Namun selepas hampir tujuh bulan bersama mereka mengambil keputusan bercerai pada 28 April lalu di Pejabat Jabatan Agama Islam (JAIS), Shah Alam.

Sumber: Utusan Online


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.