Lagu Raya Boboiboy dan Yaya – Suasana Di Hari Raya | Disebabkan anak ammboi, Ameer Adli minat sangat dengan Lagu Raya Boboiboy ini, jadi ammboi nak kongsikannya juga dengan anda semua. Lagu Suasana Di Hari Raya ini merupakan lagu asal nyanyian Annuar Zain dan Elina. Ianya digubah dengan muzik yang lebih rancak sebagai persegaran. Kanak-kanak mesti minat punya dengan Video Klip Lagu Raya BoboiBoy ini. Jom layan.
LAGU RAYA BOBOIBOY DAN YAYA – SUASANA DI HARI RAYA
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri