Lama Menyepi, Elyana Hidap Kanser? | Lama juga tidak dengar khabar mengenai Elyana. Dek kerana lama menyepi, timbul punya cerita mengenai Elyana kini sedang bertarung dengan penyakit kanser. Namun begitu, sumber berkenaan tidak menyatakan jenis kanser yang dihidapnya. Apa yang lebih mengejutkan, akibat penyakit yang dideritainya itu membuatkan Elyana pergi mengerjakan umrah baru-baru ini dan berdoa di depan Kaabah agar penyakitnya itu sembuh.

Namun setelah mendapatkan penjelasan dari Elyana, rupa-rupanya cerita berkenaan hanyalah khabar angin palsu sahaja. Elyana menafikan dirinya menghidap penyakit kanser dan dia juga menjelaskan mengenai pemergiannya ke Mekah bukan kerana penyakit berkenaan.

“Sakit kanser? Rasanya sekarang saya masih sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit kritikal. Kalau setakat demam itu memang ada, tetapi tidak pula mengalami penyakit kronik seperti kanser. Sebenarnya pemergian saya ke Mekah bersama suami merupakan undangan daripada pihak produksi rancangan Romantika yang akan disiarkan di Astro pada bulan Ramadan ini. Secara jujurnya saya agak terkejut dan ia undangan pada saat-saat akhir. Sebelum ini rancangan tersebut menyiarkan pasangan selebriti yang bercuti di tempat percutian yang menarik, tetapi apabila tiba giliran saya mereka buat keputusan untuk membawa kami ke Mekah dan saya rasa sangat bertuah”, ujarnya dipetik dari laporan Kosmo!.

elyana dan suami ke mekah mengerjakan umrah - romantika

Dalam pada itu, Elyana juga ditanyakan mengenai bertudung. Ini kerana biasanya kebanyakan artis wanita yang pulang dari Mekah, pasti mereka akan membuat perubahan terutamanya tampil bertudung. Dan penjelasan Elyana pula adalah dia sentiasa berdoa agar terbuka pintu hati untuk bertudung. Tetapi Buat masa ini dia mahu menjaga solatnya terlebih dahulu.

p/s: Alhamdulillah, khabar angin jer. Semoga Elyana terus diberi kesihatan yang baik dan bertudung hendaknya…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.