Laman Web Iswami Digodam – TeguhMcro | Kejayaan mengalahkan Indonesia pada saingan Piala AFF Suzuki 2012 nampaknya semakin membuatkan penyokong Indonesia makin marah dengan Malaysia. Kekalahan itu membangkitkan semula segala dendam kesumat mereka dengan negara ini. Lantaran itu beberapa kejadian godam laman web telah dilaporkan antaranya laman web Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami).

Menurut laporan Kosmo Online, laman web Iswami dikesan telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak tiga hari lalu. Sehingga ke hari ini laman web berkenaan, http://iswami.org.my didapati tidak lagi berfungsi seperti biasa malah nama penggodam, TeguhMicro dapat dibaca dengan jelas di halaman utamanya.

Penggodam tersebut dipercayai merupakan peminat tegar pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia memandangkan terdapat cabaran yang berbunyi Dan besok Garuda akan menginjak Harimau Malaya dalam laman web itu. Selain itu, turut dipaparkan adalah gambar Jalur Gemilang diiringi kata-kata provokasi terhadap rakyat negara ini seperti penggunaan perkataan Malingsia yang merupakan gabungan maling ataupun curi dan Malaysia.

Antara yang turut dipaparkan kata-kata semangat berbaur hasutan bagi mengajak rakyat negara jiran itu menghancurkan Malaysia.

Berikut adalah petikan hasutan yang dipaparkan tersebut:

  • Ketika harga diri telah terinjak
  • Dan penghormatan ibu pertiwi telah terkoyak
  • Dan seni budaya kian tenggelam
  • Akankah kita tetap terdiam?
  • Buka mata buka telinga
  • Singsingkan lengan kepalkan tangan
  • Bangunlah para pemuda bangsa
  • Mari melawan mari hancurkan!

Daripada pemerhatian ammboi, mereka begitu marah dengan beberapa isu antaranya berkait dengan tempe, batik, lagu rasa sayang dan beberapa perkara lagi yang dikatakan telah menjadi warisan di Malaysia. Kalau macam tu, serah sahaja semua tu pada mereka. Buat apa Malaysia nak pegang semua tu kalau sampai jadi provokasi.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi memberitahu, terdapat beberapa laman web tempatan telah dihentikan operasinya oleh pengendali masing-masing. Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada laman-laman web berkenaan telah digodam ekoran kekalahan pasukan Indonesia itu kerana perkara ini masih dalam siasatan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.