Hebat betul kuasa cinta. Semua boleh berubah kerana cinta. Yang jahat boleh jadi baik. Hati yang keras pun boleh jadi lembut. Itulah penangan cinta. Sebab tu tak hairanlah kalau ada gadis atau teruna terjerat dengan ‘kuasa cinta’ kalau tidak pandai bawa diri semasa bercinta.

Sebut pasal cinta, kita telah dihidangkan dengan kisah ‘cinta ekspress’ pelakon Johan As’ari dengan Lana Nordin. Mereka akui baru sahaja mengenali antara satu sama lain. Namun tidak siapa menyangka Johan dikatakan sudah bersedia melamar Lana sebagai isterinya. Sah-sah gosip Johan dengan Shila Amzah diketepikan begitu sahaja.

Berita Johan bercinta dengan Lana bagai dijangka mencetuskan pelbagai persepsi dari peminatnya. Mereka terkejut dengan pilihan Johan. Kerana Lana Nordin memang terkenal dengan imej ‘panasnya’. Namun itulah kuasa cinta. Hak Johan untuk memilih Lana sebagai suri hidupnya. Mungkin Johan sudah ada perancangan untuk membawa Lana kearah yang lebih baik.

Begitu juga dengan Lana Nordin. Mungkin mengambil respon peminat Johan, Lana mendedahkan dia bersedia untuk mengubah imej seksinya kepada memakai tudung kerana kasih sayang dan perasaan cintanya terhadap Johan As’ari. Memetik laporan Utusan Malaysia, ada sumber menyatakan Lana Nordin berhasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan.

lana nordin bertudung

“Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan. Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!” Jelas sumber berkenaan.

Jika benar sebagaimana yang dinyatakan, tahniah kepada Johan kerana sudah berjaya membentuk Lana mungkin untuk fasa pertama. Fasa seterusnya sudah tentu ada dalam perancangan Johan dan mungkin boleh mengejutkan sesiapa sahaja. Sama-sama kita nantikan…

p/s: Lagi indah kalau berubah kerana ALLAH… Tapi tak apalah, langkah awal… Seterusnya siapa tahu kan? Kita siapa nak nilaikan seseorang.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.