Dalam sesebuah perhubungan, pasti tidak pernah terlepas daripada dilanda masalah. Antara yang kerap menjadi isu adalah soal kesetiaan. Boleh dikatakan, golongan wanita sering menyalahkan lelaki yang dikatakan suka bersifat curang.

Justeru, ammboi ingin kongsikan beberapa tips kepada golongan wanita untuk mengetahui jika lelaki itu curang.

tanda suami curang

1. “Hai. Apa nama kamu?”

Katakanlah anda baru ingin memulakan bibit-bibit cinta dengan seseorang lelaki dan sudah berjumpa beberapa kali. Namun, lelaki itu masih sukar mengingati nama anda. Apakah alasan lelaki untuk tidak mengingati nama anda. Sudah disebut berkali-kali pun susah nak ingat…mungkin nama terlalu banyak wanita di fikirannya…

2. Tiada Hujung Minggu?

Jika si dia tidak berjumpa dengan anda pada hujung minggu, pastinya ada ‘permainan’ di situ. Ini kerana Jumaat hingga Ahad adalah waktu yang sesuai untuk setiap pasangan meluangkan masa berkualiti mereka bersama.

3. Tiada Kata Putus

Anda telah menjalinkan bibit percintaan selama beberapa bulan dan si dia tidak pernah bercakap soal hala tuju percintaan tersebut. Atau lebih teruk, dia akan memujuk anda berkata, “awak jangan risau”.

4. Parti Liar

Jika seseorang lelaki yang memilih untuk pergi berparti pada hujung minggu dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan lelaki bermakna dia ingin membujang! Anda tidak beraap penting.

5. Putar Belit Psikologi

Anda menuduh si dia bersikap curang dan dia memutar balik situasi dan menuduh anda pula bersikap curang. Jelas, dia cuba untuk mencelarukan pemikiran anda.

6. Tidak Berkawan di Laman Sosial

Anda sedang dalam perhubungan dan si lelaki tidak mahu memasukkan anda ke dalam senarai rakan di laman sosial. Atas alasan, “Saya tak nak awak cemburu sebab saya ramai ‘kawan’ wanita”. Betul ke ‘kawan’?

7. Wanita, Wanita & Wanita

Si dia sering mendapat pesanan ringkas pada setiap jam dan setiap masa dari wanita yang dikatakan sebagai ‘kawan’. Wanita tersebut menghantar gambar kepada si lelaki dan sering ‘like’ gambar pasangan anda di laman sosial. Kejap! Bagaimana anda tahu wanita itu ‘like’ gambar teman lelaki anda sedangkan anda tidak ada dalam senarai rakan? *Pssstt..

8. Budak Nakal

“Saya nakal” “Saya nak ‘chill’ je” “Saya tak terfikir untuk jalinkan hubungan” – Itu antara ayat-ayat yang digunakan oleh lelaki. Jadi jika ayat sebegini terpacul dari mulut si lelaki, jangan cuba untuk mengubah. Baik berundur.

Sumber: Yahoo Entertainment

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.