Kes remaja peremuan berusia 14 tahun dirogol 38 lelaki masih dalam siasatan polis. Kejadian berkenaan berlaku di Ketereh, Kelantan. Ketika ini, hangat di media sosial dengan penyebaran maklumat lanjut laporan polis mengenai kes berkenaan. Bagaimana laporan berkenaan boleh disebarkan?

Laporan berkenaan adalah sebagaimana dibawah yang dipetik dari Facebook Tan Sri Annuar Musa:

PDRM POLIS LOGO

  • Makluman kejadian rogol oleh lebih 30 lelaki di Ketereh, Kota Bharu, Kn.
  • Ketereh Rpt: 785/14, Tarikh: 26/5/14 @ 0022hrs.

2/ Pengadu/ Mangsa

  • Nama:—————————-
  • KPT: 99—————————–
  • Umur: 14thn 8bln
  • Alamat:——————– Kuala Krai, Kn
  • Kerja: Pelajar Tingkatan 3

3/ Ringkasan Kes

  • Pada 20/5/2014 jam l/kurang 1930hrs, semasa berada di Kuala Krai, pengadu telah dihubungi oleh rakan sekolahnya nama —– yang meminta tolong pengadu ambilnya di Ketereh kerana telah seharian tidak pulang ke rumah. Pengadu hubungi rakan nama —– yang tinggal di Ketereh kerana pengadu tiada kenderaan. —- telah jemput pengadu dari Kuala Krai dan mereka berdua jumpa rakan —- nama —- di Ketereh. —- telah bawa pengadu dan —- ke sebuah rumah kayu kosong dikelilingi semak samun di sebuah kampung di Ketereh di mana ada —- dalam rumah tersebut. Belum sempat mereka berempat hendak meninggalkan rumah itu, datang 1LM usia lingkungan 40an telah tahan —- dan paksa mereka duduk dalam rumah itu. Kemudian datang rakan-rakan lelaki itu seramai lebih kurang 40 orang dan mereka telah secara paksa bawa —- dan pengadu masuk ke dalam sebuah bilik tidur. Mira dan pengadu telah ditampar dan dirogol oleh beberapa orang lelaki sehingga pengsan.
  • Kemudian pengadu tersedar selepas dikejutkan oleh lelaki usia 40an tadi dan menyuruh mereka berpakaian. Pengadu berasa sangat sakit di bahagian kemaluan dan dibawa menaiki m/sikal —–. —– memberitahu pengadu bahawa dia telah dipaksa melihat pengadu dirogol oleh lebih kurang 38 orang lelaki. —- naik m/sikal bersama —- dan pergi ke arah berasingan. Pengadu hendak pulang ke rumah tetapi —- tidak mahu hantar kerana bimbang dimarahi keluarga pengadu.—– telah hantar pengadu ke rumah rakan baiknya nama —-. Di sana, pengadu telah dijaga oleh emak —- dan pada suatu hari, pengadu terserempak dengan 1LM yang pengadu cam sebagai salah seorang perogolnya, iaitu bapa saudara —-. —– telah menyuruh pengadu buat laporan polis tetapi selepas pengadu menghubungi bapanya yang berada di Kuala Krai, bapa pengadu tidak ambil sebarang tindakan. Pengadu hanya tinggal di rumah —- sehingga 24/05/2014.
  • Pada 24/05/2014, pengadu telah dihantar pulang ke rumah oleh sepupunya dan mengadu kepada ibu dan bapa bahawa perutnya sakit dan kemaluannya berdarah, tetapi hanya dimarahi kerana keluar rumah tanpa kebenaran. Ibu dan bapa pengadu hanya beri minum 2 tin air Coca Cola dan makan 2 biji Panadol untuk cuci perut pengadu. Pengadu hanya tidur dan pada pagi 25/5/14, pengadu masih sakit perut dan masih keluar darah di bahagian kemaluan. Bapanya telah bawa pengadu ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan. Kemudian pengadu telah buat laporan polis.

4/ Tindakan/Hasil siasatan

  • Rakaman percakapan pengadu dapati pengadu merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Pengadu dan keluarga tinggal di —————— dan bersekolah di SMK ————————, Kn. Ayah pengadu seorang ——————— manakala ibunya surirumah sepenuh masa.
  • Pengadu selesai jalani pemeriksaan dan laporan awal doktor dapati kesan koyakan lama. Hymen mangsa hanya tinggal sisa sahaja, dan diameter disifatkan ———————————————————. Terdapat kesan ———————————————————— mangsa. Terdapat juga kesan ————————————- mangsa.
  • Maklumat saspek telah diperolehi daripada pengadu dan selepas mesyuarat projek bersama Tn KBSJD, saya telah salurkan maklumat kepada anggota CPJ IPD Kota Bharu, L/Kpl 165819. Tangkapan akan dibuat ke atas saspek yang telah dikenalpasti secepat mungkin.

5/Klasifikasi

  • Arahan Tn.KBSJD KB untuk siasat kes di bawah Sek.376 KK. IO Insp. Alina.

Pihak berkenaan sewajarnya tidak menyebarkan laporan ini. Sudah tentu ia bakal menjejaskan pelajar, keluarga dan saksi yang brkenaan. Apapun, benda sudah terjadi. Semoga kes yang berlaku ini dijadikan pengajaran kepada remaja lain dan sesiapa sahaja. Kalau remaja itu tidak keluar rumah tanpa kebenaran dan pergi ke lokasi terpencil bersama ‘rakan’ (menjadi tanda tanya kenapa mereka ke rumah kosong itu) benda ini mungkin tidak akan berlaku. Rasanya banyak tempat lagi mereka boleh bertemu dan bukannya rumah kosong berkenaan. Selain ini,  amat diharapkan mereka yang terlibat dapat di tangkap secepat mungkin dan dikenakan hukuman yang setimpal. Baso jenis bangang abadi!

UPDATE: 10 SUSPEK SUDAH BERJAYA DITAHAN – LAPORAN LANJUT BAKAL MENYUSUL…

p/s: Ammboi dah padam nama mangsa, dan lain-lain. Harap mereka yang lain juga ambil langkah yang sama bagi mengelakkan mangsa dan mereka yang terlibat (kecuali si bangang) menerima aib.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.