Semalam, sudah tentu ramai yang terkejut dengan kenyataan dari anak pasangan Malaysia, Shalwati Nurshal dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin yang ditahan di Sweden yang mengaku dipukul ibunya. Pengakuan berkenaan dibuat menerusi rakaman video oleh anak bongsu pasangan itu, Arif, 7.

Hari ini, rakaman video mengandungi keterangan anak kedua mereka, Ammar, 13, pula ditayangkan di Mahkamah Daerah Solna 4, untuk hari kedua perbicaraan. Anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan atas dakwaan mendera berkata dia dipukul ‘lebih seribu kali’ dalam masa setahun.

kes pasangan malaysia ditahan di sweden kerana pukul anak tidak solat

Memetik laporan mStar Online, menerusi rakaman video yang dibuat oleh polis Sweden pada Disember lalu, Ammar berkata ibunya Shalwati Nurshal sering memukulnya apabila dia menghentak-hentak kakinya atau menonton video di YouTube dan tidak bersama keluarga untuk makan malam. Ammar yang kelihatan gementar pada permulaan video itu bertanya jika ibu bapanya akan mengetahui mengenai temuduga tersebut.

“Saya rasa selepas ini ibu bapa saya tidak suka saya, tidak sayang saya. Saya bimbang ibu bapa saya akan pukul jika mereka tahu saya tidak di sekolah,” kata Ammar (temuduga telah dijalankan oleh pihak polis semasa waktu sekolah dengan kebenaran penolong guru besar).

Ammar menerangkan tiga insiden yang menyebabkan dia dipukul iaitu memasang muzik dengan kuat ketika dia sepatutnya menyiapak kerja rumah; apabila bergaduh dengan kakaknya Aishah semasa hendak ke sekolah dan ketika dia belajar al-Quran dengan ibunya.

Shalwati dan Azizul Raheem kelihatan suram semasa menonton temuduga yang dipertontonkan ketika perbicaraan itu dengan Shalwati menggigit bibir dan suaminya menundukkan kepalanya.

Apabila ditanya jika adik-beradiknya turut sering dipukul, Ammar mendakwa mereka hanya dipukul kadang-kadang jika dibandingkan dengannya. Walau bagaimanapun, Ammar beberapa kali menyebut bahawa dia ‘layak dipukul’ kerana menurutnya hukuman itu dibuat kerana tindakan yang sering melakukan kesalahan. Apabila ditanya siapa yang menentukan hak untuk dia dipukul, Ammar berkata dia yang menentukannya sendiri. Perbicaraan disambung pada Khamis.

p/s: Beberapa kali anak kecil ini mengulangi bahawa dia layak dipukul kerana melakukan kesalahan. Jadi, terang-terangan tujuan pasangan ini sebenarnya bukan memukul tetapi ibarat mendenda. Harap pihak di Sweden ambil perhatian dengan kenyataan Ammar.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.