Seorang lelakiyang disyaki menyimbah asid keatas dua wanita di sebuah hentian bas di Rawang diberkas malam tadi. Suspek berusia 30 tahun ditahan dirumahnya dalam serbuan di Taman Rasa Utama, Rasa, Kuala Kubu Bahru, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, seorang lagi lelaki yang terlibat dalam kejadian ragut dan simbah asid itu masih diburu. Dalam kejadian Selasa lalu, S Rani, 46, melecur teruk dibeberapa bahagian badan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang. Seorang lagi mangsa, Nuraqilah Osman, pelajar tingkatan dua, melecur di bahagian belakang badan.

p/s : setuju dengan komen pembaca, yang mengatakan hukuman yang sewajarnya dikenakan oleh pesalah kes simbah asid ini adalah simbah asid kepadanya pulak. biar dia rasa sikit….


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.