Seperti yang kita semua maklum, suspek yang membelasah isterinya dalam sebuah lif telah menyerah diri semalam. Hari ini beliau yang bernama Mohammad Affandi Ismail dan bekerja sebagai Pegawai Veterinar di sebuah jabatan kerajaan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk didakwa atas tuduhan membelasah isterinya dalam lif sebuah hospital swasta Bandar Perda dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Isnin lepas.

Berdasarkan sumber berita, Mohammad Affandi, 36, didakwa mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan pada isterinya. Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan. Berdasarkan tuduhan berkenaan, beliau boleh dihukum penjara maksimum satu tahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

lelaki belasah isteri mengaku tidak bersalah

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Sept untuk sebutan semula kes. Tertuduh membayar wang jaminan itu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.