Gara-gara disunat rakan sendiri seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke Hos­pital Umum Sarawak (HUS), Kuching akibat pendarahan pada alat kelaminnya. Menurut sumber, mangsa berusia 22 tahun dan berasal dari Lubok Antu itu ting­gal bersama beberapa orang rakannya di rumah pekerja di sebuah tapak pembinaan di Bandar Baru Batu Kawa (MJC).

Memetik sumber berita, insiden tersebut dikatakan berlaku sekitar lewat malam kelmarin di mana alat kela­minnya mangsa telah disunat oleh rakannya dipercayai atas kemahuan mangsa. Bagaimanapun, berlaku pendarahan yang keterlaluan menyebabkan rakan mangsa terpaksa menghubungi pihak ambulans untuk bantuan.

lelaki disunat rakan sendiri

Mangsa kemudian dike­jarkan ke HUS oleh ang­gota peramedik dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.