Kemungkinan mangsa sudah merasakan sesuatu yang tidak kena dengan perniagaannya dan dia telah berdoa kepada Allah agar memberi petunjuk selepas mengesyaki ada pihak sabotaj perniagaannya. Alhamdulillah, doanya bagai dimakbulkan apabila dia dan isteri yang ketika itu lalu di depan gerai mereka dengan kereta dan ternampak kelibat seorang lelaki yang sedang memegang gayung berwarna biru sedang menaburkan sesuatu di kawasan tapak gerai mereka.

Mangsa yang berniaga pada sebelah malam di pusat penjaja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berhampiran Pekan Rabu berkata, ketika kejadian adalah pada jam 1.30 tengah hari Isnin lalu. Apabila ternampak tindakan meragukan lelaki tersebut, mangsa dan isteri terus menghampiri lelaki itu dan bertanya apa tujuan dia berbuat demikian.

beras kunyit dan garam sihir kedai makan

Rupanya pesaingnya itu sedang mengenakan ilmu hitam di kedainya. Mangsa, Abd Rahman Yusuf, 39, dan isteri, Sopiah Mat Hussain, 40, tidak sangka ada peniaga seperti ini sanggup melakukan perbuatan terkutuk sebegitu untuk kepentingan diri sendiri.

lelaki ditangkap sedang sihir kedai pesaing

“Ketika lalu di depan gerai kami, saya dan isteri terkejut apabila melihat seorang lelaki yang turut menjual makanan tidak jauh dari gerai kami memegang gayung berwarna biru dan menaburkan sesuatu di kawasan tapak gerai kami. Selepas memberhentikan kereta, saya melihat dengan jelas jiran niaga kami itu menaburkan garam dan beras kunyit di sekitar kawasan gerai kami,” katanya dipetik Harian Metro.

p/s: Ada lagi kes macam ni, bukannya sama-sama nak berniaga dan dapatkan rezeki yang halal…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.