Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam longkang di tapak Bazar Ramadan, di Presint 2, Putrajaya petang tadi. Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, mangsa Muhammad Kamal Salleh Hodin, 34 dipercayai terjatuh ketika melangkah untuk cuba melintasi longkang seluas kira-kira satu meter untuk membeli juadah berbuka puasa.

Seorang saksi dikenali Shahrin, 40, berkata dalam laporan myMetro, dia ternampak mangsa terjatuh ke dalam longkang dan kepalanya berlumuran darah. Menurutnya, mangsa cuba dibantu orang ramai yang mengunjungi bazar berkenaan, kebetulan terdapat dua jururawat berada di tempat kejadian dan membantu mangsa. Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan walaupun sudah diberikan bantuan pernafasan oleh dua jururawat berkenaan.

MATI DI BAZAR RAMADAN PUTRAJAYA

Mangsa yang juga kakitangan Kementerian Sumber Asli disahkan meninggal dunia jam 5.50 petang.

::AL-FATIHAH::


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.