Pengorbanan seorang bapa – Seorang lelaki mendakwa tinggal dalam lubang perparitan syarikat elektrik hampir 20 tahun semata-mata untuk berjimat bagi membiayai pelajaran anaknya di ibu negara China, Beijing. Lelaki berkenaan yang yang berusia 53 tahun dikenali sebagai Wang, meletakkan kepingan kadbod untuk menutup lubang itu. Lubang berkenaan terletak dalam kawasan Masyarakat Taman Lido di daerah Chaoyang yang hanya sebesar empat meter persegi.

Penduduk tempatan menghubungi polis selepas menemui Wang dalam lubang berkenaan kelmarin. Selepas mendapat tahu nasib lelaki itu, pihak berkuasa Beijing bertindak memberi penginapan sementara kepadanya. Pihak berkuasa akan hubungi keluarganya dan menghantarnya ke pusat bantuan jika perlu.

man live in manhole chaoyang

Memetik sumber berita, Wang mendakwa, dia tinggal di ruang sempit itu hampir dua dekad bagi membolehkannya berjimat untuk membiayai persekolahan tiga anaknya di daerah Huairou, 40 kilometer dari sini di utara Beijing. Jelasnya, kos persekolahan memang banyak. Isterinya menjaga anak mereka di rumah manakala dia mencari apa jua kerja. Kadar sewa satu bilik sekurang-kurangnya 300 yuan (RM150), jadi untuk berjimat, dia tinggal dalam lubang itu hampir 20 tahun.

Pekerja bekalan tenaga di syarikat bekalan tenaga Beijing memberi amaran, adalah bahaya untuk sesiapapun berada di dalam lubang berkenaan meskipun tiada saluran elektrik melaluinya. Ada banyak peralatan di dalamnya. Sukar membayangkan apa akan berlaku jika peralatan itu disentuh sesuka hati.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.