Lembaga Pembangunan Tioman menolak kemungkinan persekitaran kawasan kediaman yang kotor menjadi punca seekor biawak bertindak agresif dengan menyerang seorang bayi perempuan berumur lapan bulan di Pulau Tioman semalam.

Pengurus Besarnya, Datuk Hashim Mat Tahir, berkata adalah mustahil kawasan berkenaan juga kotor memandangkan kediaman mangsa adalah di dalam kawasan resort yang kebersihannya sentiasa dijaga rapi.

“Mustahil kawasan kediaman itu kotor, sebab saya difahamkan rumah mangsa terletak dalam kawasan resort yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara, semestinya kebersihan resort dijaga rapi,” katanya dipetik laporan BH Online.

Beliau diminta mengulas pendapat pakar veterinar yang tidak menolak kemungkinan biawak itu menyerang mangsa, Nur Hidayah Abdul Rahman disebabkan persekitaran kotor di lokasi kejadian.

Dalam kejadian berkenaan, bayi malang itu cedera parah selepas diterkam dan digigit haiwan liar berkenaan selepas diletakkan sebentar di ruang tamu rumah oleh ibunya, Nor Raudah Abdullah, 38, yang tinggal di kuarters resort berkenaan.

Sementara itu, Ketua Kampung Tekek dekat Pulau Tioman, Zulkarnaini A Hamid, berkata beliau menolak dakwaan proses pelupusan sampah yang tidak sistematik di resort itu menarik perhatian biawak berkenaan. Beliau berkata, sampah sarap dilupuskan mengikut cara yang betul tetapi ada kalanya biawak menyelongkar tong sampah bagi mencari makanan.

“Peningkatan jumlah pelancong ke pulau ini menyebabkan lebih banyak sampah termasuk sisa makanan dari restoran di kampung ini. Bagaimanapun pengusaha kemudahan penginapan di pulau ini sentiasa mematuhi peraturan dalam melupuskan sisa makanan dan sampah dari premis mereka,” katanya.

biawak pulau tioman

Namun beliau berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dapat mencari jalan penyelesaian berkesan bagi mengawal jumlah haiwan liar itu di pulau peranginan itu bagi mengelak ia menjadi ancaman kepada penduduk dan pelancong yang lain.

p/s: Jangan jadi macam pulau komodo sudah… Harap pihak berkenaan bekerjasama menangani masalah ini.. Tak perlulah nak menunding jari kepada sesiapa…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.