LG memang tidak asing lagi dalam pengeluaran telefon pintar berkuasa dengan ciri-ciri unik dan mampu untuk dimiliki. Selepas berjaya dengan beberapa siri Optimus sebelum ini, LG terus mengorak langkah memperkenalkan produk terbaru telefon pintar mereka bagi portfolio yang sama.

Kali ini, syarikat teknologi itu mempertaruhkan pula model LG Optimus 4X HD dengan sokongan pemproses empat teras NVIDIA Tegra 3, 1.5 GHz dikombinasikan bersama paparan definisi tinggi, True HD. Menurut presiden LG Mobile Communications, Dr. Jong-seok Park, pengenalan produk selular dengan keupayaan pemproses empat teras itu bakal memberi keunikan daripada segi kelancaran operasi dan pengalaman multimedia terbaik.

Secara asasnya, NVIDIA Tegra 3 merupakan satu-satunya pemproses mobiliti 4-PLUS-1 empat teras yang menawarkan prestasi multimedia peringkat tinggi serta penjimatan bateri maksimum. Berkenaan harganya pula ia masih belum diumumkan lagi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.