Lisdawati Akui Sudah Bertudung, Tapi Sedia Buka Tudung Bergantung Pada Watak Lakonan? | Terkedu ammboi baca kenyataan dari pelakon Lisdawati. Boleh pula keluarkan kenyataan sedemikian. Ianya berkenaan dirinya yang sudah bertudung. Sememangnya ia satu berita baik. Namun Lisdawati juga seperti menerangkan dia sedia buka tudung bergantung pada watak lakonannya?

Ini bermakna, jika Lisdawati menerima watak tidak bertudung maka dia akan penuhi tuntutan watak berkenaan.  Jelasnya dalam satu laporan portal hiburan, lakonan adalah sumber pendapatan utamanya dalam membesarkan anak-anak, Lisdawati mengakui masih menerima tawaran berlakon yang memerlukannya membuka tudung walaupun kini telah berhijrah ke arah yang lebih baik.

lisdawati bertudung

“Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga. Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan kearah kebaikan.

“Saya mahu orang ramai paham dan bukannya terus menjatuhkan hukuman kepada saya kalau nanti nampak saya berlakon tak pakai tudung kerana saya sendiri tidak mengumumkan saya bertudung atau berhijrah,” ujar Lisdawati yang dipetik daripada Portal Murai.

Ada juga kes macam ni. Tak apa, kita jangan mengelabah, jangan nak maki hamun dan jangan nak mengutuk mencaci orang lain. Apa yang sesuai kita lakukan sekarang adalah mendoakan agar terbuka hati beliau untuk tidak memain-mainkan bab tuntutan agama ni. Semoga beliau dapat HIDAYAH dari-NYA. Amin.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.