Semalam, adik kembar Aidil Zafuan iaitu Zaquan Adha ada mengeluarkan kenyataan balas menerusi laman Twitternya berkenaan tuduhan yang dilemparkan oleh Rita Rudaini. Hari ini, menerusi laporan Berita Harian, Aidil sendiri meluahkan isi hatinya berhubung isu berkenaan walaupun pada mulanya dia agak keberatan untuk membicarakannya.

Ikuti petikan temubual Aidil bersama wartawan HIP-Berita Harian dibawah:

kenyataan aidil zafuan

HIP: Kenapa Aidil tergamak menceraikan Rita sedangkan ketika itu tiga hari saja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Tidakkah Aidil ada hati dan perasaan atau belas terhadap Rita dan anak-anak?

AIDIL: Saya Tidak mahu mengesahkan menghantar SMS untuk menceraikan Rita atau tidak. Mengenai perkara itu, kita tunggu saja di mahkamah. Tapi apa yang boleh saya katakan, saya sudah hilang sabar dengan tindakan Rita selama ini. Bukan tidak menghormati bulan baik Ramadan, tetapi kesabaran saya ada hadnya.

Biarlah saya sahaja yang tahu apa berlaku, tak perlu rasanya saya kongsi dengan masyarakat kerana ini hal rumah tangga kami. Apa yang boleh saya katakan, saya sangat terkilan dengan tindakannya yang tidak sudah-sudah memburukkan saya. Tidak cukup dengan itu, Rita juga menghantar SMS yang bukan-bukan kepada saya.

HIP: Apakah mungkin Rita berbuat demikian untuk melepaskan geram kerana dia mendakwa Aidil tidak memperdulikan dua anak kamu. Menurut Rita, Aidil tidak mengambil berat hal anak-anak malah ‘lepas tangan’ dalam membuat persediaan raya untuk Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

AIDIL: Kenapa dia tidak bersikap jujur dengan memberitahu perkara yang sebenar kepada media? Saya tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada anak-anak. Semua bukti pemberian nafkah ada saya simpan. Sebelum ini, dalam perbicaraan di mahkamah, hakim tanya dia, adakah saya memberikan nafkah kepada anak-anak. Rita jawab ada tetapi apabila memberi kenyataan kepada media, dia tidak menyatakan perkara sebenar.

Apabila sudah menyediakan nafkah untuk anak-anak, jangan kata nak ucapkan terima kasih, dia boleh pula beritahu nafkah saya beri tidak cukup. Saya tidak faham berapa banyak yang dia hendak sebenarnya? Macam persiapan raya baru-baru ini, seminggu sebelum Aidilfitri saya ada menghantar SMS bertanyakan soal persiapan raya anak-anak.

Ini kerana saya bercadang membawa mereka membeli-belah pada 29 Julai lalu. Tapi Rita bising, dia kata kenapa lagi seminggu hendak raya baru saya sibuk bertanya? Bukan saya sengaja, tetapi sebelum itu saya berada di Jepun menjalani latihan. Seminggu sebelum raya baru saya pulang ke Malaysia. Selepas bising-bising, Rita kata mereka sudah pulang ke kampung di Perlis pada tarikh itu. Akhirnya, saya dapat tahu rupa-rupanya pada tarikh itu dia belum pulang ke kampung. Tetapi apabila saya SMS, dia tidak jawab mesej saya.

HIP: Anda didakwa, seolah-olah tidak ada inisiatif untuk berjumpa mereka. Bolehkah Aidil jelaskan perkara itu?

AIDIL: Siapa kata saya tidak rindukan anak-anak? Bukan saya tidak mahu bertemu mereka, tapi beritahu bagaimana saya hendak berjumpa dengan anak-anak sedangkan untuk masuk ke rumah Rita memerlukan kad akses. Apabila saya menghantar SMS bertanyakan hal anak-anak, dia senyap. Jadi apa lagi yang boleh saya buat? Rita kata saya juga sering memungkiri janji kononnya sudah berjanji untuk datang bertemu anak-anak, tapi saya tidak kotakan.

Memang saya pernak beritahu dia hendak berjumpa dengan anak-anak, tetapi saya kata Insya Allah kerana ketika itu, saya terikat dengan perkara lain. Jika sempat saya pergi, tapi apabila saya tidak datang, dia kata saya menipu. Tak mengapalah, saya sudah lali diburuk-burukkan oleh Rota. Biarlah masyarakat memandang serong pada saya, lagipun tiada apa yang perlu saya takutkan kerana saya tidak ada peminat seperti dia. Saya tidak tergamak melakukan perkara serupa kerana dia selebriti dan ramai peminat, saya tidak mahu tindakan saya nanti menjejaskan nama dan periuk nasinya pula.

HIP: Adakah sesiapa yang mempengaruhi Aidil di dalam setiap keputusan yang diambil? Adakah Zareema iaitu wanita yang dikatakan teman wanita anda turut campur tangan dalam hal ini?

AIDIL: Tiada siapa yang mempengaruhi saya dalam setiap keputusan yang saya buat. Sebelum ini dia tuduh adik saya, Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah banyak campur tangan dalam hal rumah tangga kami. Kini Zareema pula jadi mangsa. Biarlah saya berterus terang bahawa setiap keputusan yang saya buat semuanya lahir dari hati saya sendiri, buat apa saya terus hidup dengan orang yang pentingkan diri seperti dia? Saya juga impikan berumah tangga yang sempurna seperti orang lain. Bayangkan selama beberapa tahun kami berkahwin, tidak pernah sekali dia mengikut saya pulang ke rumah keluarga saya di Seremban. Setiap kali pulang ke Seremban, saya akan pulang seorang diri dari mula-mula kami berkahwin sehinggalah apabila sudah ada anak.

gambar aidil zafuan rita rudaini dan anak-anak

HIP: Mungkin Rita berhasrat untuk mengikut anda ke Seremban tetapi dia takut keluarga anda tidak menerima kehadirannya. Apa reaksi anda?

AIDIL: Siapa kata keluarga saya tidak terima dia? Jika keluarga saya tidak terima dia, takkanlah ibu dan bapa saya datang melawat ketika kami melahirkan anak kami? Bayangkan orang lain seronok beraya bersama keluarga masing-masing, tapi apabila tiba giliran saya beraya di Seremban, saya terpaksa beraya seorang diri. Adilkah untuk saya, tapi apabila giliran dia, saya tiada masalah mengikutnya pula ke kampungnya di Perlis. Jadi berapa lama lagi saya harus bersabar?

HIP: Rita juga mengeluarkan kenyataan baru-baru ini yang dia akan memastikan hak penjagaan anak-anak menjadi miliknya? Adakah Aidil akan turuti kehendaknya atau anda juga akan berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak?

AIDIL: Saya tidak akan berdiam diri kerana saya juga ada hak ke atas anak-anak saya. Mereka zuriat saya malah saya tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada mereka. Jadi saya juga ada hak ke atas mereka.

Begitulah sedikit sebanyak apa yang diluahkan oleh Aidil berhubung masalahnya bersama bekas isteri, Rita Rudaini. Berdasarkan apa yang Aidil luahkan, ammboi agak punca utama kegagalan rumah tangga mereka adalah kerana masalah giliran beraya? Oh, adakah benar begitu? Apapun diharapkan masalah antara Rita dan Aidil dapat diselesaikan seberapa segera. Rasanya peminat yang mengikuti perkembangan mereka juga senantiasa mendoakan masalah pasangan ini diselesaikan dengan sebaiknya. Insya Allah…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.