Seperti yang kita semua maklum, pelakon dan juga bekas pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Ini kerana isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi sudah disahkan hamil enam minggu. Itu tentu berita gembira buat Ashraf yang sudah menunggu sekian lama untuk bergelar bapa.

Oleh itu, menerusi laporan Sinar Harian, Asyraf mengakui teruja untuk bergelar bapa apatah lagi ia adalah bakal anak pertamanya.

gambar nikah ashraf muslim dan wan sakinah

“Saya cukup seronok apatah lagi ini adalah anak pertama saya,” katanya ringkas namun penuh bermakna walaupun sebelum ini beliau pernah menafikan khabar angin berkenaan.

Untuk info, Ashraf dan Sakinah berkahwin di Thailand pada 7 Julai lalu dan ianya telah menarik perhatian ramai apabila melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuan isteri pertama, Noor Dayana Lokman. Sejak disahkan mengandung, Sakinah dikatakan mengalami alahan teruk seperti sakit kepala, muntah dan tak lalu makan malah dia tidak boleh jamah makanan barat seperti burger. Khabarnya mencium baunya sahaja, Sakinah akan loya.

p/s: Biasalah tu resam orang mengandung…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.