Johan As’ari antara selebriti yang paling hot dengan kontroversi pada 2013. Johan telah berdepan dengan kontroversi percintaan yang sangat hebat. Pernah dikaitkan dengan Nabila Huda dan Shila Amzah, aktor ini bagaimanapun mengejutkan masyarakat dengan kisah cinta ‘ekspress’ bersama aktres seksi, Lana Nordin.

Johan yang sebelum ini pernah membuat pengakuan bakal mengahwini Lana, tiba-tiba saja memutuskan hubungan dengan aktres itu hanya selepas sebulan bercinta atas alasan tiada restu orang tua. Meskipun Lana menerima keputusan itu dengan terbuka, namun aktres yang diberi jolokan ‘Pamela Anderson Malaysia’ itu tetap sinis mempertikaikan sikap Johan yang tidak matang serta mempergunakan agama untuk mendekatinya.

johan asari nak bertunang

Tak kurang juga tanggapan dan persepsi yang lahir dari peminatnya sendiri, yang melabel Johan sebagai lelaki ‘kasanova’ dan suka mempermainkan hati wanita. Tidak mudah melatah dengan apa saja yang dihamburkan untuk dirinya, Johan tetap memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dia masih diberikan ruang kesempatan untuk terus memperbaiki dirinya.

“Setulus hati saya tak pernah terdetik untuk mempermainkan perasan wanita. Segala yang berlaku adalah asam garam kehidupan. Soal menggunakan agama untuk rapat dengan wanita pastinya tak benar, kerana bagi saya dakwah itu adalah kerja kita sesama Muslim. Manakala tanggungjawab dan aktiviti sehari-hari adalah ibadah kita. Ke mana jua saya pergi agama tetap saya bawa bersama. Saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada kekhilafan. Saya berharap perkara ini tidak dipanjangkan dan disalah ertikan oleh mana-mana pihak,” kata Johan yang menepis segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini.

Menerusi akaun Instagramnya Johan juga ada bermadah mengenai kontroversi yang melandanya.

Hidup ini adalah ujian..
Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk menyalahkan sesiapa sahaja, sebaliknya aku akan terus bermuhasabah diri kerana aku juga insan yang akan di hisab di akhirat kelak.

Hidup ini adalah ujian..
Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk menggunakan agama demi kepentinganku sendiri kerana orang sebegitu tempatnya di neraka yang paling bawah, neraka jahannam.

Hidup ini adalah ujian..
Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk mempermainkan hati-hati wanita kerana aku lahir dari perut seorang ibu. Darjat seseorang ibu itu lebih tinggi berbanding dengan seluruh wanita di dunia mahupun bidadari2 syurga.

Hidup ini adalah ujian..
Andainya aku telah melukakan hati sobat semua, jadi maafkanlah dengan setulus ikhlas kerana aku adalah insan yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Senyum selalu sobat2 ku.? assalamualaikum..

Semoga tahun 2014 ini akan membawakan sinar baru buat Johan As’ari. Sama-samalah kita doakan agar Johan bertemu wanita yang benar-benar mahu dijadikan isteri olehnya. Kepada Johan, selamat menempuh dan semoga berjaya di tahun baru 2014.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.