Sedih juga ammboi baca rintihan nenek ini. Namun nak buat macam mana, sudah suratan takdir keluarganya. Jangan salah faham, bukan sengaja niatnya mahu anaknya mati dahulu, dan anaknya juga tidak melakukan dosa kepadanya.

Tetapi, ia merupakan harapan warga emas dikenali sebagai Samsiah, 75, dari Tampoi yang berdepan pelbagai kesukaran menjaga dua anak lelaki orang kelainan upaya (OKU). Beliau bukan anggap anaknya itu menyusahkan, tetapi dia mahu dua anaknya yang berusia 29 dan 55 tahun itu mati cepat berikutan bimbang tiada orang yang menjaga mereka apabila dia meninggal dunia kelak.

anak oku

“Saya sudah tua serta uzur, tapi saya berdoa mudah-mudahan Allah panjangkan umur saya dan jika boleh, biarlah anak saya yang mati dulu. Saya amat menyayangi mereka serta tidak mahu mereka hidup menderita dan terbiar apabila saya sudah tiada. Kini, walaupun serba kekurangan, kami tidak sanggup berpisah dan akan terus menghadapi ujian Allah SWT ini bersama-sama,” katanya.

anak oku

Samsiah berkata, nasib ketiga-tiga mereka umpama sudah jatuh ditimpa tangga kerana tidak lama selepas kehilangan ketua keluarga tiga tahun lalu, dia berdepan masalah kesihatan menyebabkan dia tidak mampu berjalan.

p/s: Semoga nenek ini terus tabah dan ada pihak yang sudi meringankan beban mereka. Amin…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.