Nabil telah dihentam gara-gara lawaknya yang dikatakan mengaibkan Luna Maya. Tak sangka, ramai juga yang anti Nabil. Boleh dikatakan pelbagai medium hiburan menyiarkan cerita Nabil aibkan Luna Maya dan begitu banyak komen mengkritik Nabil disiarkan menerusinya.

Bagaimanapun menerusi laporan Ohbulan, Nabil telah meluahkan perasaannya mengenai isu berkenaan:

nabil marah peminat

“Saya tak tahu dan sangat pelik kenapa peminat nak marah sangat. Sepatutnya mereka bersikap lebih terbuka dan saya tiada cakap sebarang perkara yang mengaibkan Luna Maya. Saya cuma cakap, saya Google nama Luna Maya, saya jumpa gambar. Saya bukan nak hina dia sebab saya tahu itu masa silam dia. Saya pun pernah buat benda itu dan saya dah pernah kena dan sudah berubah pun. Tapi bila orang masih bercakap hal itu, saya tak kisah pun. Jadi, kenapa orang Malaysia ini nak kutuk saya semata-mata nak bela orang Indonesia yang mereka tak kenal pun siapa.”

Nabil turut memberitahu bahawa pihaknya tiada sebarang masalah dengan Luna Maya dan tidak akan membuat permohonan maaf kerana baginya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap pelakon tersebut.

“Saya dan Luna Maya tidak pernah bercakap langsung. Saya hanya jumpa dia semasa dalam pertandingan, dia bagi komen saya dengar. Peminat mereka ini yang lebih sudu dari kuah sebenarnya. Orang yang membenci ini memang selalu ada. Saya tak peduli lah pasal hal ini sebab saya yakin yang undi saya bukan dari kalangan mereka, peminat saya yang undi. Haters will still hate, lovers will still love.”

Itulah antara luahan Nabil. Nampaknya Nabil benar-benar kecewa dengan mereka yang mengkritiknya. Apapun diharap Nabil banyakkan bertenang dan jangan ulas sesedap rasa sahaja kerana kadang-kadang ia boleh makan diri sendiri.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.