Baru-baru ini kita dihangatkan dengan beberapa gambar artis wanita jelita, Emma Maembong bertudung. Menurut laporan itu, Emma Maembong mendedahkan dia juga ada niat untuk bertudung namun dia berharap diberikan masa – Baca sepenuhnya disini.

Ternyata pendedahan dari Emma Maembong itu mendapat perhatian dari ‘teman tapi mesranya’, pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak. Mengenai isu itu, Zizan mengakui dia berasa bangga jika aktres yang sering dikaitkan bercinta dengannya, iaitu Emma membuat keputusan untuk terus bertudung. Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 29, berkata, dia tidak pernah menyuruh wanita itu untuk berbuat demikian.

zizan dan emma maembong bertudung

“Bapa saudara Emma ada hubungi saya untuk bertanya tentang perkara itu dan sama ada saya yang menyuruhnya bertudung, namun ketika itu saya pun tidak tahu tentang dia mahu bertudung. Dia baru mencuba-cuba untuk pakai tudung, bagi saya itu perkara yang baik dan membanggakan bagi seorang wanita, ” katanya dalam satu portal berita semalam.

Tambah Zizan, Emma sudah lama memberitahu niat untuk berubah ke arah itu namun masih menunggu masa yang sesuai. Sementara itu, Zizan yang juga Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment berkata, dia masih belum mengetahui perancangan kerjaya artis di bawah naungannya itu selepas berhijab.

“Buat masa ini dia (Emma) sedang menjalani penggambaran drama yang memang memerlukannya bertudung iaitu Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!. Untuk projek seterusnya saya tidak tahu lagi sama ada dia terus mengambil watak bertudung sahaja atau tidak,” katanya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.