M. Nasir Nyanyi Lagu Panji Keadilan, Mungkin Sertai Pembangkang? | Oh, isu ini ada kaitan dengan politik sikit. Namun ammboi bukannya nak buat cerita pasal politik pon, cuma nak kongsikan sedikit info mengenai sifu kita ni, Datuk M. Nasir. Khabarnya beliau ada menimbulkan spekulasi dengan menyanyikan lagu Panji Keadilan.

Menurut laporan Malaysian Digest, berita berkenaan dikatakan kecoh di beberapa blog hiburan menyebut Sifu industri muzik Malaysia, Datuk M. Nasir kini khabarnya semakin aktif dengan aktiviti berpolitik bersama-sama barisan parti pembangkang. Semuanya kerana minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui akaun Youtube Azmin Ali memuatnaik sebuah video untuk lagu berjudul Panji Keadilan yang dinyanyikan oleh M. Nasir.

Walaupun tidak dinyatakan dalam deskripsi video, ianya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir. Menguatkan lagi spekualsi, lagu ini dicipta oleh Buddhi Hekayat, rakan pencipta untuk lagu Awan Nano. Budi hikayat atau nama sebenarnya Hasmi Hashim merupan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong. Nak dengar lagu klik sini – Panji Keadilan.

Namun tidak tahulah sejauh mana kesahihan berita ini sama ada M. Nasir terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini sekadar projek seni beliau yang lainnya. Kita tunggu sahajalah penjelasan dari beliau pulak yer.

p/s: blog ni tak kisah artis nak sertai parti politik mana pon…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.