Akhirnya teka-teki perpindahan pemain sayap Negeri Sembilan, Nazrin Nawi terjawab. Beliau yang sebelum ini menjadi rebutan beberapa pasukan elit musim depan akhirnya mengumumkan bakal menyarung jersi Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim Liga Malaysia 2014. Memetik laporan Sinar Harian, Nazrin yang akan tamat kontrak November ini bersama Negeri Sembilan menyifatkan keputusan memilih JDT tepat demi kariernya.

“Buat masa ini segala urusan perpindahan hampir 95 peratus untuk diselesaikan selepas kontrak bersama Negeri Sembilan berakhir November. Beraksi bersama pasukan besar seperti JDT memang menjadi idaman setiap pemain bola sepak selain bergandingan dengan Pablo Aimar dan pemain bintang yang lain. Sokongan peminat pasukan juga mendorong saya memilih Harimau Selatan selain cabaran merebut posisi utama setiap kali pasukan beraksi. Peluang datang hanya sekali dan ia perlu dimanfaatkan, setiap pemain inginkan cabaran, ia tidak terkecuali kerana inilah masanya saya ingin buktikan kepada peminat bola sepak tempatan,” katanya.

Nazrin berkata, faktor kewangan yang kukuh dari JDT mendorong keputusannya demi karier masa depannya.

nazrin nawi

“Semua orang pasti melihat perpindahan ini dibayangi gaji tinggi, itu tak dapat dinafikan kerana kerjaya bola sepak adalah profesional dan saya mencari rezeki demi masa depan. Bagi saya ia bukanlah satu kesalahan kerana Negeri Sembilan mengetahuinya dan tidak menghalang kerana saya bebas membuat keputusan berhijrah atau sebaliknya. Mereka (Negeri Sembilan) ada menawarkan kontrak baru, saya hargai namun terpaksa menolak dan mereka memahami,” katanya.

Mengulas tentang perkhabaran mengaitkan dirinya akan menabur bakti bersama pasukan Kelantan, Nazri menjelaskan sememangnya ada dalam perancangan sebelum ini.

“Kita tidak boleh memenuhi semua kehendak penyokong, keputusan perlu dibuat dan saya kini di fasa terakhir untuk beraksi bersama Harimau Selatan,” katanya.

Sebelum ini, pemain tersebut dikatakan bakal bersama Kelantan dan sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) namun terpaksa membatalkannya kerana mendapat tawaran JDT. Difahamkan, Nazrin menerima RM7,000 sebulan ketika bersama Negeri Sembilan dan ditawarkan RM14,000 sebulan oleh Kelantan, manakala JDT menawarkan kira-kira RM40,000 sebulan bagi mendapatkan khidmatnya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.