Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 minggu kesembilan yang berlangsung di perkarangan pusat beli belah One Utama membuat kejutan apabila kumpulan Sepahtu yang mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 65 peratus menerima sebuah kereta perodua Alza baru.

Hadiah tersebut diberikan bersempena dengan pelancaran Perodua Alza yang terbaru. Kejayaan Sepahtu itu bertambah manis apabila salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Rahim telah dipilih sebagai `Man of The Match` untuk malam tadi. Kejayaan Sepahtu itu membuktikan mereka masih mempunyai pengaruh yang besar dan berpeluang cerah untuk melangkah ke peringkat akhir MLM 2013.

wala tersingkir

Sementara itu, kumpulan Wala diumumkan tersingkir. Wala yang dianggotai oleh Wan dan Lopz tewas setelah mendapat undian paling rendah dengan jumlah peratusan sebanyak 46 peratus. Penyingkiran kumpulan Wala ini bagaimanapun sudah dijangka kerana kegagalan mereka untuk menyerlah dalam tempoh tiga minggu lalu dipentas MLM 2013. Penyingkiran bekas juara Raja Lawak 7 ini diumumkan oleh salah seorang juri tetap iaitu Luna Maya.

Dua peserta lain yang mendapat peratusan terendah adalah kumpulan Shiro iaitu 57 peratus dan Comey (56 peratus). Sementara itu, antara kumpulan lain yang membuat berjaya menarik perhatian penonton ialah Nabil, SYJ dan Bocey. Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.

Juara MLM 2013 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000. MLM 2013 bersiaran secara langsung bermula 15 November 2013, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.