Mahu Cari Kekasih Bukan Artis – Miera Liyana | Semua orang tahu Miera Liyana sudah putus cinta dengan, Shahrizal Jaszle atau dulu dikenali dengan Shahz Jaszle. Shahrizal Jaszle pun kini bakal bertunang dengan kekasihnya dalam masa terdekat. Dek kerana kegagalan cinta dengan artis, Miera Liyana akui dia kini tidak mahu lagi menyulam cinta dengan kekasih dari kalangan artis lagi.

Malah, Miera Liyana berkata dia tekad untuk mencari kekasih baru yang bukan berada di dalam bidang yang sama dengannya.

“Saya rasa hidup saya kini lebih bebas dan tiada komitmen dengan mana-mana lelaki. Saya juga ingin berterima kasih dengan dia (Shahrizal Jaszle ) atas pengalaman kami bersama. Saya rasa selepas putus cinta dengannya, saya kini berfikiran lebih matang. Saya kini belum punya yang istimewa tetapi kalau ada nanti, saya tidak mahu lelaki itu dari kalangan artis,” katanya dalam portal murai.com.my.

Sungguh pun sudah ada jejaka yang cuba mendekatinya, namun menurut Miera Liyana, dia kini belum bersedia untuk bercinta lagi, malah mahu lebih fokus kepada kerjayanya.

“Tidak dinafikan, memang ada juga yang datang approached dan mahu berkenalan, tapi saya menolaknya dengan cara baik. Lagipun saya tidak rasa mereka mahu serius dengan saya, bila tahu karakter saya yang agak kasar ini. Mereka mungkin lebih suka berkawan dengan saya. Walau bagaimanapun saya tidak mahu terlalu memikirkan soal cinta kerana kini saya mahu lebih fokus kepada kerjaya saya dahulu,” jelasnya lagi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.