Mahu Elak Kontroversi – Arrora Salwa Tukar Nama | Arrora Salwa antara artis wanita yang banyak dilanda kontroversi. Bagaimanapun sejak berpindah ke syarikat rakaman baru, daripada Sony Music ke label JJS Partners Solution Sdn Bhd dia nekad meninggalkan segala kontroversi yang pernah melandanya. Antaranya dengan menukar nama.

Kini, menerusi album barunya Arrora Salwa kini bergelar Salwa Razak, dan dia bakal muncul dengan single Hidup Baru. Jelasnya dalam laporan BH Online, dia ingin sekali menutup buku lama, lalu berharap segala kontroversi membabitkan percintaan dan aktiviti seninya dilupakan bersama langkah barunya itu.

arrora salwa

“Saya sudah tanam segala kisah lama saya dalam-dalam dan sebolehnya saya tak mahu lagi ada kontroversi. Saya juga amat berharap orang ramai turut memberikan saya peluang sekali lagi. Kini saya muncul semula dengan semua baru, daripada imej hinggalah kehidupan, malah orang di sekeliling saya pun semuanya baru.

Saya lebih gembira sekarang. Saya sudah bertukar daripada Sony Music ke label JJS Partners Solution Sdn Bhd, syarikat yang ditubuhkan bersama pengurus dan rakan kongsi saya, Junita Jaafar. Saya sudah tanam segala kisah lama saya dalam-dalam dan sebolehnya saya tak mahu lagi ada kontroversi. Saya juga amat berharap orang ramai turut memberikan saya peluang sekali lagi,” kata Salwa Razak memetik laporan BH Online.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.