Mahu Elak Kontroversi – Miera Liyana | Miera Liyana, nama yang sudah tidak asing lagi dalam arena seni di Malaysia ini. Merupakan salah seorang pelakon muda berbakat yang pernah dicemari dengan beberapa kontroversi negatif mengenainya tidak lama dahulu.

Jika sebut nama Miera Liyana, pasti seluruh penggemar industri akan mengingatinya dengan isu pakaian seksi yang mengundang kontroversi. Selain itu, pelakon drama siri, ‘Kau Yang Terindah’ ini juga turut dikenali dengan sejarah cintanya dengan pelakon Shahrizal Jaszle sehinggakan masyarakat sendiri tidak sedar mengenai bakat lakonannya dalam industri ini.

Namun, sejak putus cinta dengan kekasihnya itu, nama Miera seolah-olah tenggelam dalam industri. Bukan kerana sudah tiada kontroversi, rupa-rupanya, pelakon cantik ini kini sedang giat menerima tawaran lakonan. Bangkit meneruskan kehidupannya, Miera kini lebih memfokuskan dirinya dengan tawaran lakonan dan dalam pada masa yang sama mahu mengelakkan diri dari sebarang publisiti murahan.

“Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini saya dapat projek tak berhenti-henti. Saya percaya, jika kita bersungguh-sungguh, orang pasti akan panggil kita lagi. Saya kena buktikan yang saya bukan sekadar mengharapkan publisiti murahan saja, tapi saya juga ada bakat.

“Saya tidaklah mahu asyik dikenali dengan kontroversi baju saja dan jika boleh, memang saya nak lari dari sebarang kontroversi. Walau bagaimanapun, saya percaya, setiap kontroversi itu adalah kontroversi yang baik asalkan selagi kita boleh mengawalnya,” ujar Miera dalam portal gua.com.my.

Ketika ditemui, Miera turut melahirkan rasa terima kasih kepada bekas kekasihnya itu kerana percaya episod cinta mereka berdua sebelum ini banyak mengajarnya menjadi individu yang lebih baik sekarang.

“Saya tak kesal dengan apa yang berlaku dalam kisah percintaan kami. Sejarah banyak mengajar kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik hari ini. Terima kasih kepada Shahz sebab tanpa dia, saya tak akan jadi Miera pada hari ini di mana saya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan. Pengalaman cinta banyak menyedarkan serta mematangkan saya lagi. Selepas apa yang berlaku saya lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Saya tidak bencikannya kerana saya sendiri telah menutup buku kisah cinta kami. Saya juga mendoakan yang terbaik dengan perhubungan yang dibinanya sekarang.” jelas Miera Liyana mengenai pengalamannya dulu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.