Kejadian ngeri ini berlaku di sebuah kampung di Filipina. Tiga beradik membunuh ibu mereka sebelum memakan organnya mentah-mentah selepas upacara dipercayai bertujuan menghalau roh jahat dalam badan wanita itu. Jiran melaporkan terdengar bunyi pelik dari rumah itu beberapa hari sebelum mayat Musala Amil, 56, ditemui di bandar Ampatuan.

Memetik sumber berita, Ketua Polis Ampatuan Inspektor Ronald De Leon, mayat wanita itu kehilangan beberapa anggota badan selain tidak berdarah. Tiga anak lelakinya – Dante, 35, Paroy, 21, dan Ibrahim, 18 – bagaimanapun menafikan membunuh ibu mereka sebaliknya mendakwa cuba mengubati penyakit dipercayai diakibatkan roh jahat dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu.

TIGA BERADIK MAKAN IBU

Katanya, polis turut menyiasat laporan bahawa keluarga berkenaan mempunyai masalah mental, namun tidak menolak kemungkinan mereka berada di bawah pengaruh dadah. Ketiga-tiga adik-beradik tinggal bersama ibu mereka di sebuah ladang di Purok Nabadtog. Semuanya akan menjalani ujian dadah.

Sementara itu ahli jawatankuasa kampung berkenaan mendakwa tiga beradik terbabit bertindak seperti binatang apabila membunuh dan meratah mayat ibu mereka.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.