Mahu Saman? Ia Adalah Fitnah Semata-Mata – Sharnaaz Ahmad | Banyak juga dah terbaca mengenai kisah tidak berdisiplin dan panas baran Sharnaaz Ahmad.  Beliau dikatakan terkenal dengan sifat panas baran, juga mudah naik angin di lokasi penggambaran. Terbaru namanya sekali lagi dilanda kontroversi apabila didakwa buat perangai di set penggambaran Darah Panas dan akibatnya dia telah disaman.

Dalam akhbar Kosmo! hari ini menyebut, kekasih kepada penyanyi Shila Amzah itu memberitahu buat masa ini dia tidak menerima sebarang surat saman mahupun surat tuntutan daripada pihak Baldev biarpun ia dikhabarkan sudah dihantar kira-kira dua minggu lalu.

“Saya tidak terima apa-apa surat saman daripada dia (Baldev),” tegas Sharnaaz.

Sharnaaz disaman akibat sikapnya yang dikatakan sanggup meninggalkan set penggambaran filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. itu pada 5 Oktober lalu atas sebab semata-mata mahu bertemu Shila. Tidak cukup isu meninggalkan lokasi penggambaran kerana ingin bertemu kekasih hati, Sharnaaz juga dikhabarkan sudah mula membuat perangai pada hari pertama penggambaran filem arahan Arjin Uppal itu.

Pelakon drama Bukan Bidadari itu juga didakwa menolak dan mencengkam leher penolong pengarah filem terbabit iaitu Mohd. Hafiz Mat Ishak kerana marah menunggu lama mendapatkan pakaian penggambaran dan terpaksa menyudahkan penggambaran lewat, sedangkan dia harus bertemu Shila yang bakal ke China untuk menyertai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai sebelum ini.

Selain mengambil tindakan undang-undang, penerbit filem berkenaan, S. Baldev Sharnaaz meminta pelakon berasal dari Georgetown, Pulau Pinang itu memohon maaf secara terbuka dalam media.

Ditanya adakah semua dakwaan Baldev terhadap dirinya itu benar, luah Sharnaaz, ia adalah fitnah semata-mata. Tambahnya, jika apa yang didakwa Baldev itu benar, panggil sahaja semua kru produksi dan para pelakon untuk bercakap. Ungkapnya, dia tidak takut menerima surat saman daripada Baldev kerana dia yakin tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa.

“Berani kerana benar. Saya tidak cakap bahawa saya 100 peratus betul tetapi dia (Baldev) juga tiada hak untuk bercakap buruk dan bercakap fitnah mengenai saya,”

Ditanya sama ada dia ingin memohon maaf dalam media sepertimana yang diminta Baldev, tegas Sharnaaz: “Saya hanya memohon maaf kepada orang yang saya buat salah dengan dia sahaja”, katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.