Mahu Shila Tumpu Pada Kerjaya, Bukan Ulas Cerita Peribadi – ND Lala | Pastinya ramai yang sudah tahu mengenai cerita percintaan dua ‘cinta hati’ (Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad) ini. Mereka dikatakan berselisih faham, kemudian berbaik semula dan yang terbaru ada lamaran untuk berkahwin dari Sharnaaz pula. Namun kesahihan cerita-cerita itu masih samar dan penjelasan dari tuan punya ‘body’ juga gagal didapatkan.

Apapun, bagi bapa kepada Shila Amzah, beliau lebih selesa andai Shila memberikan tumpuan terhadap kerjaya berbanding hal peribadi. Menerusi laporan BH Online, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, berkata dia tidak mahu Shila memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu berikutan tumpuan yang perlu diberikan kepada persiapan rapi untuk ke World Music Awards (WMA) di Miami, Florida, pada 22 Disember 2012 ini.

shila amzah dan ibu bapa nd lala

“Terima kasih kepada media, peminat dan masyarakat kerana terus memberi perhatian terhadap kerjaya Shila dan saya melihat tumpuan mengangkat nama baik negara lebih penting daripada hal yang bersifat peribadi. Buat masa ini saya tidak mahu Shila memberi ulasan kerana perhatiannya lebih kepada WMA memandangkan dia dicalonkan untuk kategori Artis Wanita Terbaik dan Penghibur Terbaik, sekali gus sejarah bagi industri muzik kita di mata dunia,” katanya.

ND Lala juga memberi penegasan bahawa hal peribadi yang boleh ditatap orang lain adalah tidak wajar dan secara tidak langsung seakan merujuk kepada keterbukaan anaknya di laman sosial.

Shila Amzah akan ke Amerika Syarikat (AS) bersama ayah dan ibunya malam esok (Rabu) untuk mengadakan persembahan di anugerah World Music Award (WMA 2012). Selain itu, Shila turut dicalonkan untuk dua kategori iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012.

Semoga berjaya!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.