Majlis Nikah Liyana Jasmay Ditunda 2 Februari 2013 | Sepatutnya majlis pernikahan Liyana Jasmay dengan tunangnya, Fathuddin Mazlan dilangsungkan pada 24 Januari 2013 depan namun ianya telah ditunda ke tarikh baharu iaitu 2 Februari 2013. Menurut Liyana, 24, majlis tersebut terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Menurut laporan Kosmo!, Liyana Jasmay yang baru pulang ke tanah air lewat malam kelmarin selepas menamatkan kursus enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat berkata, majlis akad nikah dan persandingan akan diadakan pada hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Jelasnya lagi, majlis akad nikah akan diadakan pada waktu pagi dan majlis persandingan pula akan diadakan pada sebelah malam di PWTC, Kuala Lumpur pada hari yang sama iaitu 2 Februari 2013.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.