Kecoh juga baru-baru ini media sosial dengan isu ZAKAT, pengurusan wang zakat dan tugas PEGAWAI ZAKAT yang didakwa tidak buat kerja dan sebagainya.

Maklumbalas Lembaga Zakat Selangor isu Pegawai Zakat tak buat kerja – Dalam post berkenaan, ada yang mendakwa pengawai Zakat tidak melaksanakan tugas mereka sebagaimana yang dipertanggungjawabkan. Mereka juga didakwa bekerja sekadar untuk gaji sahaja.

PERMOHONAN MAAF!!

Kepada Semua Pegawai Zakat Seluruh Negara Aku Mintak Maaf Sbb Aku Dah Kantoikan Yang Korang Buat Kerja Sekadar Untuk Gaji Sahaja

Ye aku Tau Korang Terpaksa Ikut Prosedure, Masuk Pukul 7 Pagi Balik Pukul 5 ptg, Stf Kerja Check Nama2 Asnaf Kat Lappy, Main Fon Kejap, Lepastu Rehat Lepak Kedai Borak2, Naik Balik, Kau Tanda Jadual Bertugas Mencari Asnaf Yang Padahal Korang Tak Cari Pun, Sampai Petang , Kau Punch Card Lepastuh Balik

Bukan Aku Tak Tau, Yang Melenting2 Dalam Inbox Tu Kata Tempat Die Bagus Bagai Tu, Sorry Aku Tak Percaya ,Kau Pergi La Pejabat Zakat Negeri Mana Pun, Kalau Setakat Nak Mintak 300 Sebulan Bantuan Dapur Tu Pun Kene Tunggu Bulan2, Itu Pun Tak Tau Dapat Ke Tidak, Tambahan Pulak Kalau Nak Mintak Bantuan Belajar(Kalau Engkau2 Nak Tau,Wang Untuk Orang Yang Nak Sambung Belajar WAJIB Ditanggung Sepenuhnya Oleh Lembaga Zakat TANPA BAYAR BALIK), Bantuan Bencana, Yang Jumlah Die Ribuan Ringgit, Lagi Kedekut

Bangunan Pusat Zakat Dinaik Taraf Bernilai Jutaan Ringgit Menggunakan DUIT ZAKAT Yang Sepatutnya Digunakan Untuk Menampung Atap2 Bocor Rumah Orang Miskin, Gaji2 Pegawai Tinggi Dengan Angka Yang Tak Masuk Akal

Ye! Aku Tau Amil Zakat Boleh Terima Gaji Dari Duit Zakat, Tapi Berpada2 Lah, Sepatutnya Gaji Penjaga Baitulmal Dibayar Oleh Kerajaan, Bukan Baitulmal

Engkau2 Yang Duduk Dalam Pejabat Zakat Yang Ade Aircond (Bayar Aircond Guna Duit Zakat) Kene Sedar, Jika Ade Bencana Banjir Atau Ape2 Musibah, Organisasi Islam Antara Bantuan Paling Lembab Sampai Kat Tempat Kejadian, Dah Lembap Tu Ade Prosedur Pulak Bagai, INI FAKTA! Engkau Boleh Rujuk, Kebanyakkan Bantuan Bukan Dari Pusat Zakat ,Tapi Hasil Dana Orang Awam Dan Persendirian, Kau Tau Organisasi Ape Yang Datang Seawal 12 jam Pertama? PERSATUAN KRISTIAN DAN BUDDHIST!

Disebabkan Kelembapan Pusat2 Zakat Ni Menyalurkan Bantuan2, Orang Kafir Dah Ambil Peluang, Dan Dengan Peluang Ini Depa Dah Berjaya Buat Orang Islam Tertarik Dengan Agama Mereka Dan Kesannya Setiap Kali Bencana CONFIRM Ade Orang Islam Yang CONVERT!

Nampak Tak Kesan Die?

Engko2 Yang Duduk Kat Pejabat Zakat Tu Takkan Tau Makna “Kesusahan”, Sbb Engkau2 Tak Pernah Masuk Tempat Sampah Untuk Cari Rezeki, Tak Pernah Menangis Kerana Lapar, Tak Pernah Makan Biskut Untuk Sara Keluarga! KAU TAK RASA DAN KAU TAK CUBA RASA!

Hasil Die Orang Islam ” Terpaksa” Mintak Bantuan Dari Badan2 Bukan Islam Sbb Lagi Senang Nak Dapat

Padahal Allah Dah Berfirman Dalam Surah Al Maidah Ayat 2
” Berlumba Lumbalah Kamu Dalam Melakukan Taqwa Dan Kebaikkan Dan Jangan Lah Kamu Berlumba2 Untuk Melakukan Dosa Dan Maksiat”

Kalau Ustaz2 Tanak Tegur, Ni Aku Tegur, Aku Tak Takut Penjara, Aku Tak Takut Mati, Ketika Baitulmal Penuh Dengan Ratusan Juta Duit Zakat, Kita Masih Lihat Dimana2 Sahaja Masih Ade Pengemis ISLAM, Macam Mana Bende Ni Berlaku?

Aku Bukan Nak Blame Korang 100%, Aku Tau Ade Yang Buat Kerja Sungguh2, Itu Aku Puji, Aku Sokong Dan Aku Sanjung! 100%, Tapi Kalau Setakat Sorang Dua Yang Amanah Takkan Jadi, Engkau2 Kat Pusat Zakat Tu Misti Tau Kan Tentang Skandal Wang Derma Untuk Palastin Yang Bernilai 500 Juta Lebih Tu, Duit Tu “Hilang” Kan? Ade Toyol Ke? Bangunan2 Yang Engkau2 Duduk Tu Nilainya Jutaan Kan? Tapi Bila Orang Mintak “Sedekah” ,Kau Susah Lagi Nak Bagi On The Spot Walaupun 10 RINGGIT!

Sbb Tu Aku Pesan, Tak Payah Bagi Wang Zakat Kat Deorang Yang Tak Amanah Ni, Baik Bagi Terus Kat Asnaf , Tentu2 Deorang Dapat Tanpa Perlu Merayu Dan Mengemis

-Aku Harap Sangat Korang Faham, Itu Je Aku Mintak Faham! Pusat Zakat Sila Ambil Perhatian, Ubah2, Sepatutnya Kita Yang Perlu Tunjuk Contoh Pada Non Muslim, Bukan Sebaliknya

MAKLUMBALAS LEMBAGA ZAKAT SELANGOR ISU PEGAWAI ZAKAT TAK BUAT KERJA

Terpanggil dengan dakwaan-dakwaan berkenaan, hari ini Lembaga Zakat Selangor menerusi laman Facebook mereka telah memberi maklumbalas berkenaan isu tersebut dan persoalan tentang pengurusan agihan zakat.

MAKLUMBALAS LEMBAGA ZAKAT SELANGOR ISU PEGAWAI ZAKAT TAK BUAT KERJA

MAKLUMBALAS LEMBAGA ZAKAT SELANGOR ISU PEGAWAI ZAKAT TAK BUAT KERJA 1

Walaupun post tersebut tidak menyebut pengurusan zakat di mana-mana negeri secara langsung, LZS ingin memberikan maklumbalas berkenaan isu yang dibangkitkan untuk makluman semua.

Sejak 7 tahun lepas, LZS telah mempunyai Skuad Jejak Kemiskinan yang bertanggung jawab turun padang bagi membuat bancian dan siasatan fakir miskin di seluruh Selangor.

Skuad Jejak Kemiskinan ini biasanya bekerjasama dengan jawatankuasa kampung/taman perumahan/apartment, rakan-rakan Facebook dan orang ramai untuk sama-sama turun mencari asnaf sama ada di kampung ataupun di kawasan bandar. Kami juga selalu menghebahkan lokasi-lokasi skuad tersebut turun padang untuk bancian fakir miskin di pages kami ini.

Sehingga hari ini terdapat hampir 42,000 buah keluarga asnaf fakir miskin mendapat bantuan daripada LZS sehingga RM1,000 sebulan bergantung kepada tanggungan keluarga mereka. Selain itu, persekolahan keseluruhan anak-anak asnaf fakir miskin tersebut juga dibantu bermula dari pra-sekolah sehingga peringkat universiti.

Ia termasuk bayaran yuran, baju sekolah, laptop dan sebagainya. Bantuan sewa rumah, pembayaran bil utiliti dan bantuan makanan bulanan juga diberikan bergantung kepada keperluan mereka semua.

Selain itu, sekiranya memerlukan bantuan segera/kecemasan, LZS mempunyai Kaunter Express yang menyediakan bantuan sehingga RM500 dengan tempoh kelulusan 45 minit dengan hanya mengisi sehelai borang dan tidak memerlukan sebarang kelulusan.

Kami juga mengharapkan kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat asnaf yang dijumpai di kawasan anda kepada kami untuk siasatan.

MAKLUMBALAS LEMBAGA ZAKAT SELANGOR ISU PEGAWAI ZAKAT TAK BUAT KERJA 2

Talian Khidmat Pelanggan bebas tol 1-800-88-5353 disediakan bagi melaporkan kepada kami sebarang maklumat asnaf. Hampir semua cawangan LZS yang membuat kutipan boleh menerima permohonan bantuan zakat.

Sebagai organisasi yang bertanggungjawab mengurus zakat di Negeri Selangor, kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam urusan pengagihan zakat. Segala kelemahan akan segera diperbaiki dari masa ke semasa.

Sahabat-sahabat FB juga dijemput untuk LIKE dan mengikuti kami Lembaga Zakat Selangor sama ada di Facebook, Twitter dan Instagram bagi mendapatkan maklumat terkini tentang agihan zakat.

Terima kasih.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.