Malaysia Bakal Tuan Rumah Sukan SEA 2017 | Sejak menjadi tuan rumah Sukan SEA 2001 pada tahun 2001 iaitu 16 tahun lepas, akhirnya bumi Malaysia sekali lagi akan menjadi tuan rumah kepada acara sukan terbesar ASEAN, Sukan SEA ke-29 yang akan diadakan pada 2017.

Mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SGF) di Myanmar hujung minggu lepas mengesahkan giliran Malaysia untuk menjadi tuan rumah sukan dwitahunan serantau itu pada 2017 berikutan tiada negara yang bersedia menawarkan diri sebagai tuan rumah.

Untuk makluman, Sukan SEA 2013 akan diadakan di Myanmar dan selepas itu Singapura pula akan menjadi tuan rumah kejohanan pada 2015. Berdasarkan sumber berita, sepatutnya giliran Brunei menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 tetapi negara berkenaan mahu menjadi tuan rumah pada 2019. Oleh itu, Malaysia bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.