Skuad kebangsaan pastinya akan menempuh bulan yang agak sibuk pada Jun ini berdasarkan kepada jadual perlawanan persahabatan yang telah diaturkan oleh FAM. Bermula dengan perlawanan menentang Filipina di Stadium Shah Alam (seolah-olah timbal balik setelah seri 1-1 di tempat lawan) kemudian akan berdepan Singapura pada 8 Jun di Stadium Jalan Besar dan pada 12 Jun 2012, ulangan pertemuan dengan Singapura akan diadakan di Stadium Shah Alam.

Pastinya kemenangan yang dicari dan Datuk K Rajagobal seharusnya sedar, skuadnya bukan sekadar untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF semata bahkan misi mencari mata berharga untuk meningkatkan kembali ranking pasukan negara dalam kedudukan dunia FIFA. Jadi, alasan untuk menguji pemain mungkin sudah tidak boleh diterima pakai dan kemenangan menentang Filipina jumaat nanti adalah permulaan ‘ngauman’ sang harimau yang dahagakan kemenangan.

Berdasarkan kepada Senarai 26 Pemain Kebangsaan yang dipanggil untuk jalani latihan di Wisma FAM sejak 21 Mei 2012 lepas menunjukkan betapa Rajagobal mula menumpukan pasukan utama selain hanya beberapa orang sahaja muka baru untuk diberi peluang mencuba nasib bersama pasukan kebangsaan. Selain dari pemain yang ada dalam senarai, Rajagobal juga ada membuat penambahan beberapa pemain lagi antaranya Azamuddin Akil (Pahang). Beliau dijangka akan menggandingkan Azamuddin bersama Shakir Ali selain dari gandingan serangan emas, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.

Untuk makluman semua, tiket perlawanan Malaysia vs Filipina 1 Jun 2012 dijual pada harga RM20 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak). Perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia lawan Filipina ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 bermula jam 8.00 malam.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.