Malaysia Sekat Klip Filem Hina Islam dan Nabi Muhammad | Treler filem kontroversi Innocence of Muslims berdurasi 13 minit, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, kini  sudah tidak boleh diakses oleh pengguna dari Malaysia mulai petang semalam.

Menurut laporan Sinar Harian Online, sekatan itu berkuat kuasa sehari selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mengambil tindakan sewajarnya. Antara klip yang tidak boleh diakses ialah “Innocence of Muslims – Muhammad Movie – FULL HD“.

Klip itu memaparkan mesej “This content is not available in your country due to a legal complaint” (kandungan ini tidak boleh didapati di negara anda ekoran aduan perundangan) apabila cuba diakses sejak petang tadi. Pada sebelah pagi tadi, kesemua dapat akses tanpa sebarang masalah. Bagaimanapun bukan semua klip ataupun filem penuh tertakluk kepada sekatan sejak petang tadi.

Berpuluh-puluh klip, yang durasinya antara satu minit dan 15 minit masih boleh akses oleh pengguna dari Malaysia. Bilangan mereka yang akses kepada treler itu telah mencecah ratusan ribu sementara protes umat Islam merebak ke 20 negara setakat ini. YouTube telah menyekat pengguna di Libya dan Mesir daripada akses kepada treler itu buat sementara waktu. Bagaimanapun ia menegaskan tidak akan mengeluarkannya secara kekal kerana tidak melanggar garis panduan YouTube.

Justeru, walaupun kerajaan telah mengambil langkah menyekat treler filem itu secara berperingkat sejak petang tadi, namun pada masa yang sama, treler filem berkenaan sentiasa dimuat naik oleh pengunjung laman YouTube sepanjang hari dengan menggunakan judul yang hampir sama dengan filem asal.

Antara judul yang berkaitan filem masih belum disekat ialah Muhammad Movie Trailer – Innocence Of Muslims, Innocence of Muslims Trailer “Egypt Protest Movie, Sam Bacile Mohammad Trailer Egypt Protest Film dan Innocence of Muslims – Film That Provoked Libya Terror Attack. Dalam pada itu, antara yang turut disekat ialah Full HD Innocence of Muslims, Full HD Muhammaad movie trailer, dan Full HD Muhammad Movie-Innocence of Muslims.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.