Sudah semestinya perlawanan malam ini adalah terlalu sukar untuk pemain negara. Selain tekanan untuk menang, skuad Malaysia juga perlu berdepan dengan semangat juang pemain Ireland yang tinggi dengan sokongan padu penyokong tuan rumah di Dublin. Misi kedua-dua pasukan adalah misi hidup dan mati. Bagi Malaysia, seri bermakna gagal dan bagi Ireland seri sudah cukup untuk meneruskan perjuangan mereka esok bertemu Korea untuk perlawanan akhir.

Skuad hoki Malaysia mendahului Ireland menerusi jaringan Nabil Fiqri. Perlawanan terus sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Namun demikian Ireland dilihat lebih banyak menguasai permainan dan kecemerlangan penjaga gawang hoki negara, S.Kumar menjadikan benteng negara cukup mantap. Sehinggalah 10 minit menjelang tamat permainan, Ireland berjaya memperoleh gol penyamanan yang begitu menghampakan seluruh peminat hoki Malaysia. Kedudukan kekal 1-1 sehingga tamat perlawanan dan Malaysia sah gagal ke Olimpik London 2012.

Ireland dan Korea akan bermain esok dalam perlawanan akhir kejohanan untuk menentukan pasukan mana yang akan mendapat tempat ke Sukan Olimpik London 2012 manakala Malaysia akan bermain untuk tempat ketiga menentang Rusia esok.

 

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.