Perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, tidak akan beraksi pada saringan separuh akhir kejohanan Piala Axiata di Arena Sukan Britma Mall, Jakarta esok kerana masih menjalani pemulihan bagi kecederaan bahunya.

Jurulatih perseorangan negara Tey Seu Bock berkata, bagaimanapun, beliau mungkin akan menurunkan perseorangan nombor satu dunia itu pada saingan timbal balik di Stadium Badminton Cheras di sini, Ahad.

Malaysia Tiger dibarisi Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren, Muhammad Arif Abdul Latif dan beregu Goh V Shem/Lim Kim Wah. Beregu emas negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong tidak tersenarai dalam saringan di Jakarta esok, bagaimanapun pasangan itu akan diturunkan pada perlawanan di Stadium Badminton Cheras Ahad ini.

Sementara itu, satu lagi pasukan negara Malaysia Leopards yang turut mara ke separuh akhir, akan bertemu Indonesia Rajawali di Kuala Lumpur Sabtu ini sebelum bermain di Jakarta pada Ahad. Skuad pelapis negara itu dianggotai perseorangan Zulfadli Zulkifli, Iskandar Zulkarnain, Misbun Ramdan Misbun dan beregu Ow Yao Han/Chooi Kah Ming dan beregu Teo Ee Yi/Nelson Heg.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.