Info terbaru yang ammboi terima adalah berkenaan perlawanan persabahatan antara Malaysia vs Arsenal yang dijadualkan berlangsung pada 24 Julai 2012 ini. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan masa dan harga tiket perlawanan masih belum ditentukan lagi.

24 Julai 2012 bersamaan dengan 4 Ramadhan 1433H dan ini bermakna skuad negara terpaksa beraksi dalam bulan Ramadan. Namun itu bukannya isu disini, kerana yang menyedihkan ialah sudah tentu perlawanan ini tidak ada makna untuk mata ranking negara. Kerana ianya bukan perlawanan kelas A yang disyaratkan.

Namun ianya masih boleh dijadikan sebagai landasan terbaik buat pemain negara, untuk menimba pengalaman beraksi dengan bintang-bintang elit eropah. Bila lagi kan? Jadi ammboi harap, coach dan FAM sendiri perlu bersedia menghadapi perlawanan ini. Jangan sekadar cari pengalaman semata, kalau boleh mahu menumbangkan jagoan elit EPL ini dihadapan penyokong Malaysia. Baru gempak kan!

p/s : harap aku tak berangan lebih… huhu


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.