Menjelang Pertemuan Malaysia vs Arsenal 24 Julai 2012 | Meskipun sedar dengan kritikan segelintir pemerhati bola sepak tempatan yang menyifatkan aksi Malaysia vs Arsenal tidak memberikan manfaat kepada penambahbaikan ranking FIFA skuad negara, Rajagobal tetap enggan melatah. Bagi beliau, momentum jauh lebih penting daripada ranking.

Pasukan kebangsaan, Malaysia akan menentang Arsenal di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok. Rajagobal mahu anak-anak buahnya meraih pengalaman berguna berdepan pasukan yang memiliki reputasi yang cukup hebat seperti The Gunners.

“Ini sebagai persiapan awal kita mempertahankan Piala AFF, jadi momentum pasukan perlu dikekalkan selepas kita menentang Singapura tempoh hari,” katanya pada sidang akhbar semalam. Untuk rekod, Malaysia tewas 0-4 kepada Arsenal dalam aksi Pra Jelajah Asia kelab itu pada 13 Julai 2011 melalui jaringan Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Thomas Rosicky.

Mengulas lanjut kata Rajagobal, beliau yakin anak-anak buahnya tampil dengan aksi lebih mencabar kali ini meskipun beraksi ketika Ramadan, selain kecederaan beberapa pemain utama seperti Safee Sali, Khairul Fahmi Che Mat dan Ahmad Syakir Md Ali.

Untuk makluman sehingga kini masih belum dapat dipastikan Siaran Langsung Malaysia vs Arsenal 24 Julai 2012 ada atau tidak, begitu juga dengan Live Streaming Malaysia vs Arsenal. Apapun ammboi akan cuba update Keputusan Semasa dan Terkini Perlawanan Malaysia vs Arsenal 24 Julai 2012. Harap maklum.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.