Skuad Malaysia Bawah 22 Tahun (Malaysia B22) kini tiada pilihan lain selain memungut mata penuh dalam baki semua perlawanan Kumpulan G jika mahu menjadi 2 pasukan teratas kumpulan dan mara ke final Piala Asia B-22 tahun depan. Mereka akan bertemu Filipina petang ini setelah kalah 3-2 kepada Korea Selatan dalam perlawanan pertama dahulu.

Biarpun di atas kertas, Malaysia memiliki kelebihan untuk menundukkan Filipina di Stadium Aung San, Kim Swee tidak mahu anak buahnya terlalu ghairah memburu gol meskipun sedar perlu mencipta kemenangan besar selepas pasukan tuan rumah membelasah Filipina 5-1 pada perlawanan pertama. Untuk makluman perlawanan Kelayakan Piala Asia (AFC) Bawah 22Malaysia vs Filipina 25 Jun 2012 akan bermula jam 3.15 petang (waktu Myanmar) / 4.45 petang (waktu Malaysia).

Tempoh rehat yang singkat sebelum skuad negara turun untuk menentang Taiwan (28 Jun), Vietnam (30 Jun) dan Myanmar (3 Julai) – Sila Lihat Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Asia (AFC) U22, Ong Kim Swee berkata, beliau sedia melakukan rombakan kesebelasan utamanya termasuk merehatkan Thamil Arasu yang mengalami kecederaan hamstring. Skuad Malaysia turut kehilangan tonggak pertahanan tengah, Mohd Amer Saidin bagi baki kempen kali ini akibat kecederaan belakang dialami ketika sesi latihan semalam.

p/s : perlawanan ini tiada siaran langsung. sehingga kini masih belum ada mengenai info live streaming Malaysia vs Filipina, ammboi akan cuba dapatan info terkini mengenainya dan updatekan disini sekiranya ada. harap maklum.

KLIK SINI —>> KEPUTUSAN MALAYSIA VS FILIPINA 25 JUN 2012

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.