Menjelang Pertemuan Malaysia Lawan Myanmar 3 Julai 2012 | Laluan untuk Malaysia dilihat agak sukar menjelang perlawanan pertama kerana perlu menentang Korea Selatan. Nyaris dibelasah Korea Selatan, anak-anak buah Ong Kim Swee bangkit untuk mengejar, namun usaha mereka tidak kesampaian. Pada perlawanan kedua, lawan yang menanti nampak senang untuk dijinakkan, dan akhirnya Filipina menjadi mangsa amukan sang Harimau Muda yang dahagakan kemenangan.

Pada perlawanan ketiga Kumpulan H, Taiwan mungkin lawan yang akan sukar untuk diatasi berdasarkan rekod mereka sebelum ini. Seperti yang dijangkakan, Malaysia hanya mampu menang 4-2 menentang lawan yang cukup liat itu. Sebelum perlawanan terakhir esok, Harimau Muda sekali lagi membaham Vietnam (pasukan senior mereka berada di ranking yang lebih baik iaitu 98 dunia), 3-0. Ianya kejayaan yang cukup bermakna untuk sang Harimau Muda (Malaysia Bawah 22) menggentarkan pasukan tuan rumah, Myanmar dalam penentuan siapa bakal layak ke Piala Asia (AFC) B22 2013.

Kata Ong Kim Swee, pasukannya pasti dapat momentum yang lebih baik sekiranya mereka beraksi di Malaysia. Kini mereka terpaksa berperang psikologi menentang pasukan tuan rumah selain dibantu oleh penyokong mereka, tetapi perjalanannya tentu lebih mudah jika Malaysia beraksi di laman sendiri dan dihadapan penonton sendiri. Ini kesilapan siapa? Kenapa FAM tidak membida untuk menjadi tuan rumah perlawanan Kelayakan Piala Asia (AFC) Bawah 22 Tahun ini sedangkan adanya perlawanan sedemikian (perlawanan lain) yang sedang berlangsung di Melaka?

Apapun, pemain Malaysia dan pihak pengurusan lupakan dahulu kepincangan badan bolasepak kita itu. Yang penting terus fokus dan berusaha sehabisan menumpaskan Myanmar sekaligus Malaysia layak ke Piala AFC U22 2013. Teruskan Ngauman Harimau Malaya!

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]com]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.