Mara gantung tugas Annuar Musa serta merta! Tan Sri Annuar Musa digantung dari jawatan Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuatkuasa serta merta hari ini.

Buat pengetahuan semua, Tan Sri Annuar Musa digantung tugas daripada jawatan tersebut berikutan daripada isu tajaan bola sepak oleh PMB buat skuad Kelantan.

Jawatan Annuar akan dipangku oleh Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yacob sehingga siasatan melibatkan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu selesai.

Dalam pada itu, Annuar yang kini berada di luar negara atas urusan rasmi Mara tidak turut sama dalam mesyuarat berkenaan yang diadakan di Ibu Pejabat Mara Kuala Lumpur.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.