MAS Tawar Diskaun Tambang Sehingga 45 Peratus | Ini sudah tentu berita menarik buat mereka yang sukakan perjalan yang jimat lagi selesa. Malaysia Airlines (MAS) menawar tambang menarik menerusi Jualan Akhir Tahun (YES) dari semalam, iaitu 3 hingga 17 Disember 2012 ini untuk perjalanan antara 5 Dis 2012 hingga 30 September 2013.

Menurut laporan berkenaan, MAS menawarkan diskaun tambang kelas ekonomi sehingga 30 peratus dari kadar pasaran untuk perjalanan domestik dan antarabangsa sementara bagi tambang kelas perniagaan, tambang akan diberi potongan sehingga 45 peratus.

Dibawah ada sedikit info berkenaan diskaun tambang MAS :

  • MAS menawarkan tawaran menarik ke banyak destinasi di Asia Tenggara. Keseluruhan tambang pergi-balik bagi kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Bali bermula dari RM679 sementara bagi kelas perniagaan bermula dari RM2,279.
  • Tambang pergi-balik kelas ekonomi ke Hanoi, bandaraya Ho Chin Minh, Yangon dan Manila masing-masing bermula dari RM779, RM569, RM679 dan RM869. Bagi kelas perniagaan, tambangnya bermula masing-masing dari RM1,179, RM1,879, RN2,279 dan RM2,479.
  • Bagi di dalam negara, tambang kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Langkawi, Johor Baharu atau Kota Baharu masing-masing bermula dari RM224, RM274, RM254 dan RM274. Bagi kelas perniagaan ke destinasi tersebut, tambang bermula dari RM768.
  • Tambang pergi-balik bagi kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Kuching, Kota Kinabalu, Sibu atau Miri bermula dari hanya masing-masing RM1,568, RM1,968, RM1,868 dan RM1,768.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai jualan ini, pelanggan boleh melayari www.malaysiaairlines.com atau menghubungi talian bebas tol 24 jam 1300 88 3000, MH Buddy in Malaysia Airlines Facebook, MHmobile, pejabat tiket Malaysia Airlines dan ejen yang dilantik di seluruh Malaysia.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.