MASA DEPAN SAFEE SALI DENGAN PELITA JAYA FC? | Peminat bola sepak tempatan ramai yang tertanya-tanya mengenai masa depan Safee Sali, penyerang kelahiran Kajang, Selangor itu bersama Pelita Jaya apabila kontraknya dengan kelab tersebut secara rasminya bakal tamat hari ini. Spekulasi Safee bakal berhijrah ke kelab lain juga tersebar luas baru-baru ini lantaran Liga Super Indonesia (ISL) dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dikhabarkan ‘diharamkan’ oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Selain dikaitkan dengan juara liga Thailand 2010, Muang Thong United; tiga buah kelab ternama Eropah – Galatasaray (Turki), Panathinaikos FC (Greece) dan juga kelab Perancis, Paris Saint Germain – yang baru sahaja mendapat sentuhan bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti baru-baru ini juga dikhabarkan berminat mendapatkan khidmat Safee.

Seakan-akan mahu kekal berahsia mengenai keputusannya, Safee begitupun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sambil memberitahu, perbincangan dengan pengurusan Pelita Jaya masih berjalan lancar. Menurut Safee, pengurus peribadinya iaitu Zakaria Ab. Rahim telah pun tiba di Indonesia semalam bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai lanjutan kontrak tersebut.

P/S : SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU APA KEPUTUSAN SAFEE SALI YER. JANGAN KORBANKAN MASA DEPANNYA BERSAMA HARIMAU MALAYA SUDAH!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.