Mazidul Akmal Sidek Berbohong Dalam Laporan Majalah 3? | Siapa tidak mengenali Mazidul Akmal Sidik. Beliau antara wartawan TV3 yang cukup dikenali dengan pelbagai laporan esklusif menerusi program 999, 360 dan Majalah 3 yang disiarkan di saluran TV3. Setiap laporan yang melibatkan beliau pastinya mendapat rating yang tinggi kerana berjaya memikat ramai penonton menyaksikannya.

Namun demikian laporan dari sebuah portal Malaysia Digests ada menyebut mengenai sesuatu yang tidak elok mengenai Mazidul. Katanya menerusi program Majalah 3 Sabtu lalu, Mazidul tampil dengan laporan berjudul Superbike Rempit,. Walaupun ianya bertujuan menyedarkan para pengguna jalanraya tentang pentingnya memandu secara berhati hati, tetapi ianya didakwa tidak selari dengan kod juga etika kewartawanan. Mereka menuduh Mazidul membohongi penonton kerana video yang digunakan untuk laporan berkenaan adalah palsu!

Dalam blog Rotikaya.com menyebut Mazidul menggunakan satu video lakonan semula tanpa memaklumkan kepada penonton program tersebut. Malah, nada laporan beliau ketika itu juga seakan memberikan gambaran lakon semula oleh penunggang professional itu memang terjadi dan ini menyinggung mereka yang terlibat. Peminat sukan motorsikal di beberapa forum berkaitan juga menyelar tindakan Mazidul.

Kalau benar seperti yang didakwa maka seharusnya Mazidul perlu berbuat sesuatu untuk menjernihkan semula keadaan. Barangkali ada salah faham atau kesilapan teknikal di mana-mana, kan. Apapun, anda boleh tonton video sedutan laporan tersebut. Ambil mesej yang positif, dan berhati hati dengan AES ketika memandu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.