Media Prima Nafi Faizal Tahir Di’Gam’ | Kerana bersuara mengenai isu politik, penyanyi Faizal Tahir dilaporkan telah di’gam’ oleh Media Prima. Ramai yang menganggap tindakan Media Prima isu tidak patut dan sebagainya. Bagaimanapun menerusi laporan gua.com.my, Media Prima menafikan khabar angin berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar menafikan desas-desus yang mendakwa artis naungan Monkey Bone, Faizal Tahir telah disenarai hitam ataupun di’gam’ oleh semua stesen televisyen milik Media Prima Berhad.

faizal tahir digam media prima

“Siapa yang mainkan isu ini? Saya pun tidak tahu ada timbul cerita sebegini. Apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali. Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Faizal Tahir telah di’gam’ oleh semua stesen televisyen milik Media Prima. Dia masih lagi artis naungan Monkey Bone. Orang di luar sana boleh buat sebarang spekulasi, tetapi saya nafikan perkara ini,” tegas Ahmad Izham dipetik dari portal gua.com.my.

Biarpun agak terkejut dengan kontroversi terbaru ini, Ahmad Izham menjelaskan pihaknya akan membuat siasatan lanjut berhubung perkara ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.