Seorang pelakon wanita kacukan Inggeris dilaporkan mabuk di Sydney. Menurut sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia di sana, pelakon wanita tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah restoran di Chinatown, Sydney.

Apa yang lebih memalukan aksi buruk pelakon wanita berketurunan Melayu itu turut disaksikan oleh Konsulat Malaysia, yang kebetulan berada di dalam restoran tersebut. Haih, apa nak jadi dengan kamu ni? Ingatkan dah insaf selepas kemalangan jalanraya pada tahun lalu akibat pengambilan alkohol berlebihan. Rupa-rupanya masih berperangai lama!

Menurut sumber lagi, pelakon tersebut berada di Sydney lebih kurang 12 hari bersama seorang lagi pelakon wanita iaitu Christina Suzanne dan krew-krew pengambaran sebuah siri drama bukan terbitan Astro. Christina turut dilaporkan bengang dan kecewa dengan perangai rakannya itu yang dianggap tidak profesional. Pengambaran drama tersebut telah pun tamat pada minggu lalu dan mereka kini sudah pulang ke Malaysia.

pelakon wanita mabuk di sydney

Kepada pelakon wanita yang dimaksudkan ini, cukup-cukuplah berperangai sedemikian. Bila lagi nak berubah perangai baik dan kembali sopan? Bukan niat kami ingin mengaibkan pelakon wanita ini tetapi kelakuan kurang sopannya ini boleh mencalar nama baik negara kita serta produksi pengambaran yang terlibat, lapor Era.FM.

p/s: Agaknya siapakah pelakon wanita itu….?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.